Saturday, 19 September 2015

INTRODUCTION TO FOODS INDUSTRY

NASI LEMAK by my mum

errmm. this is called LALAPAN AYAM SAMBAL KERING
I ate this during I lived in Sabah

SARAWAK LAKSA my favourite menu since i live in Sarawak for about 3 years.

NASI CAMPUR DAGING KICAP PEDAS
Bercakap mengenai industri makanan di Malaysia pelbagai isu yang dipersoalkan. Gambar-gambar di atas hanyalah sebagai tatapan untuk memberikan pandangan betapa enaknya makanan yang ada di seluruh Malaysia. Aku sangat tidak memilih atau mempunyai masalah untuk makan apa-apa sahaja selagi halal aku makan saja. Pengalaman tinggal di Sabah dan Sarawak juga membuatkan aku sentiasa mencari-cari menu masakan yang aku takkan dapat di Penang atau sekitar seluruh semenanjung Malaysia.

Berbalik kepada tajuk asal mengenai industri makanan di Malaysia, semakin hari semakin perkembang dan semakin banyak kilang-kilang makanan diwujudkan. Pengalaman aku semasa menjalani latihan industri di LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN (FAMA SABAH), memang banyak pengalaman yang aku perolehi walaupun pada mulanya tempat praktikal tu macam tak berapa sesuai dengan aku sebab aku ditempatkan dalam pejabat yang berhawa dingin dan aku bukan seorang yang boleh stay lama dalam tempat macam tu dan kerja aku hanya menghadap komputer. Kadang-kadang aku sendiri pergi tanya supervisor atau pegawai-pegawai kalau ada kerja2 di luar aku nak follow dorang... hahahha mmg gila sebab orang lain semua nak duduk dalam office tapi aku lebih suka buat lawatan ke kilang-kilang usahawan di bawah kelolaan FAMA. Dari situ aku nampak pelbagai produk makanan yang dihasilkan oleh orang tempatan yang sangat menarik dan sedap2. Tapi agak mengecewakan kerana agak susah untuk produk tempatan Sabah untuk di bawa ke semenanjung tak tahu lah kenapa mungkin x cukup stok atau kurang dari segi pemasaran atau banyak sangat prosedur untuk di bawa ke sini.

Pada pandangan aku kebanyakkan produk yang dihasilkan adalah kerepek yang berasaskan ubi kayu atau pisang.  Kadang-kadang aku terfikir dah x da ka benda lain yang boleh dihasilkan. Dalam industri makanan sebagai usahwan kita perlu berfikir lebih kreatif dalam menghsilkan produk makanan supaya mendapat permintaan dari pengguna. 
*teringat pula waktu final year diploma masa final exam utk subjek keusahawanan agroteknologi lecturer aku bagi soalan macam mana nk promosikan keropok lekor berisikan tempoyak.

Saturday, 12 September 2015

INTRO



Assalamualaikum and hai to everybody.
I'm Shadia Izzati , 21 years old. I'm currently study in UPM Serdang ( the most biggest university in Malaysia) in Bac Sc. Food Studies. Actually, food studies is not my choice because taught that i will pass the interview in dietetic because dietetic also competitive course in Malaysia. After finished my secondary school I'm futher my study in diploma in agriculture and m successful graduate last march. This is my 2nd account of blog since i was not active my old account.

THREE THINGS I AM ADDICTED IN MY LIFE:

1. Foods
2. Wellness
3. Fitness