Saturday, 3 October 2015

INTRO TO FOOD INDUSTRY (W-3)

                         LIVING TO EAT OR EAT TO LIVE


Illustrasi untuk mengamalkan makanan  seimbang
Pada minggu ni Dr.Fareed arahkan kami untuk berdebat mengenai isu ini LIVING TO EAT OR EAT TO LIVE / HIDUP UNTUK MAKAN ATAU MAKAN UNTUK HIDUP. Tajuk ni memang sangat menarik untuk di debatkan dalam kelas dan menjdikan suasana kelas lebih havoc. hahahha

So, my group dapat Living to Eat , kalau diikutkan makan untuk hidup ni mmg banyak sudut negatif dari positif. Tapi why not kita break that opinion yang mengatakan hidup untuk makan tu salah. Apa sebabnya aku punya gruop sokong penyataan itu???

Hidup untuk makan mungking bagi sesetengah orang berpendapat sangat negatif sebab hidup hanya untuk makan. Tapi kalau kita hidup untuk makan kita dapat merasai pelbagai nikmat makanan di dunia ini. hahahaha.. itu adalah satu bonus. Dengan mempunyai keinginan untuk makan, pelbagai makanan baru akan dihasilkan, pelbagai produk makanan dapat dikembangkan. Sebagai contoh, daripada ikan, kita proses untuk jadikan keropok ikan, kek ikan, jejari ikan, fillet ikan, serunding ikan dan sebagainya. Oleh itu, manusia akan lebih berinovasi dalam mencipta pelbagai produk makanan.

Penyataan hidup untuk makan ini dipandang negatif kerana mereka juga berpendapat golongan sebegitu hanya tahu hidup untuk makan semata-mata. Tetapi banyak mana kita makan pun still kena amalkan gaya hidup sihat itu yang penting. Jika dibandingkan dengan makan untuk hidup kita hanya bergantung dengan apa yang kita makan asalkan boleh meneruskan hidup. Yes, its true, tapi untuk jangka masa pendek. Kita tak akan dapat develop produk-produk atau penyelidikan sekiranya hanya bergantung dengan benda yang ada untuk di makan. Kita perlu pandang ke arah lebih jauh bagi industri makanan.

Penyataan makan untuk hidup mungkin sesuai untuk amalan diet seharian saja tapi bukan untuk skop yang lebih meluas.. Ini adalah sedikit pendapat aku je.. Sebenarnya banyak lg.. 
I got to go lunch...... :)

cont.. INTRO TO FOOD INDUSTRY (W-2)

Sebelum mula kelas Dr.Fareed ada berkongsi dua video untuk kami tonton dan dari video tersebiut akan dijadikan sebagai rujukan untuk menjawab soalan latihan yang diberi. Dan di bawah ni adalah link untuk video tersebut. dalam video tersebut ada menyentuh mengenai isu GMO dan aku mmg selalu mengikuti isu ini.

1.  https://www.youtube.com/watch?v=Ihr2KM7cGDQ&feature=youtu.be&noredirect=1
2.  https://www.youtube.com/watch?v=OQTXUM0YeaU


                                GMO

Perbezaan antara jagung yang dihasilan secara semulaadi dan yang telah di GMO








Apa yang menarik bagi aku adalah kesedaran mengenai Genetic Modification Organism (GMO). GMO adalah salah satu teknologi yang digunakan untuk meningkat pengeluaran produktivti hasil pertanian iaitu sperti buah- buahan dan sayur-sayuran. Masyarakat di negara luar sangat peka mengenai isu ini sehingga mereka mengadakan kempen untuk menentang produk yang mengandungi GMO. Tapi sebaliknya pula dengna masyarakat di Malaysia masih ramai yang tidak tahu mengenai isu ini dan langsung tidak ada kesedaran. 

Pemakanan yang sihat bukan bergantung sepenuhnya terhadap sayur-sayuran dan buah-buahan yang ada di pasaran tapi bagaimana kita memilih makanan yang paling sihat iaitu TANPA GMO. Mungkin bagi sesetengah orang susah untuk menegnali makanan yang telah diubah genetiknya. slah satu cara untuk kita mencegah aladalh dengan makan sayur-sayuran atau buah-buahan yang ditanam sendiri tanpa menggunakan bahan kimia iaitu MAKANAN ORGANIK.

Antara kesan negatif makanan yang mengandungi GMO pada tubuh badan.


  • boleh menjadi punca kepada penyakit kanser (jangka masa panjang).
  • memberi kesan terhadap sistem imun badan.
  • perubahan terhadap kesihatan badan.
Untuk maklumat lanjut aku suka baca dari blog ni, http://organicolivia.com/

INTRO TO FOOD INDUSTRY ( W-2 )

Seperti  minggu sebelumnya, kelas untuk minggu ini masih diteruskan dengan perbincangan antara Dr. Fareed with his students about food, food and food. Apa yang menarik aku untuk kelas ni adalah... Dr.Fareed lbih suka membincangkan isu-isu semasa berkaitan dengan industri makanan di Malaysia dan juga d luar negara. Pembelajaran sebegini adalah lebih efektif berbanding dengan pensyarah mengajar dengan hanya membaca slide ... ( sgt membosankn). 

Perbincangan topik pada minggu ini adalah berkaitan dengan FOOD TREND. Since, zaman semakin pesat dengan kemajuan teknologi, industri makanan juga telah membawa trendnya tersendiri di mana manusia pada hari ini lebih memilih makanan mengikut kemahuannya sendiri.

JUNK FOOD or HEALTHY FOOD kita sendiri yang tentukan. Bagi mereka yang mementingkan penjagaan kesihatan pemilihan makanan daripada sumber tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan sangat lah penting kerana dapat memberikan nutrien yang penting kepada tubuh badan. tetapi sebaliknya pula bagi yang suka memilih makanan proses atau segera tanggunglah sendiri akibatnya. Aku sangat beruntung kerana bukan seorang penggemar makanan proses tetapi aku akan pilih makanan segera bila desperate sangat actually kalau pergi travel sebab tak semua tempat ada makanan halal.

Sometime aku pelik sangat dengan org yang tak suka makan sayur atau buah. I'm lucky sebab tak tergolong dalam golongan yang macam tu sbbnya dari kecil mak dan abah aku dan ajar kami adik beradik uttuk makan semua jenis sayur and buah. Abah aku sgt pentingkan kesihatan dan fitness so aku pn terpengaruh sekali.

So, for those yang tak suka makan sayur dan buah anda belum terlambat  untuk mengubahnya.