Illustrasi untuk mengamalkan makanan seimbang |
Pada minggu ni Dr.Fareed arahkan kami untuk berdebat mengenai isu ini LIVING TO EAT OR EAT TO LIVE / HIDUP UNTUK MAKAN ATAU MAKAN UNTUK HIDUP. Tajuk ni memang sangat menarik untuk di debatkan dalam kelas dan menjdikan suasana kelas lebih havoc. hahahha
So, my group dapat Living to Eat , kalau diikutkan makan untuk hidup ni mmg banyak sudut negatif dari positif. Tapi why not kita break that opinion yang mengatakan hidup untuk makan tu salah. Apa sebabnya aku punya gruop sokong penyataan itu???
Hidup untuk makan mungking bagi sesetengah orang berpendapat sangat negatif sebab hidup hanya untuk makan. Tapi kalau kita hidup untuk makan kita dapat merasai pelbagai nikmat makanan di dunia ini. hahahaha.. itu adalah satu bonus. Dengan mempunyai keinginan untuk makan, pelbagai makanan baru akan dihasilkan, pelbagai produk makanan dapat dikembangkan. Sebagai contoh, daripada ikan, kita proses untuk jadikan keropok ikan, kek ikan, jejari ikan, fillet ikan, serunding ikan dan sebagainya. Oleh itu, manusia akan lebih berinovasi dalam mencipta pelbagai produk makanan.
Penyataan hidup untuk makan ini dipandang negatif kerana mereka juga berpendapat golongan sebegitu hanya tahu hidup untuk makan semata-mata. Tetapi banyak mana kita makan pun still kena amalkan gaya hidup sihat itu yang penting. Jika dibandingkan dengan makan untuk hidup kita hanya bergantung dengan apa yang kita makan asalkan boleh meneruskan hidup. Yes, its true, tapi untuk jangka masa pendek. Kita tak akan dapat develop produk-produk atau penyelidikan sekiranya hanya bergantung dengan benda yang ada untuk di makan. Kita perlu pandang ke arah lebih jauh bagi industri makanan.
Penyataan makan untuk hidup mungkin sesuai untuk amalan diet seharian saja tapi bukan untuk skop yang lebih meluas.. Ini adalah sedikit pendapat aku je.. Sebenarnya banyak lg..
I got to go lunch...... :)
No comments:
Post a Comment